Perpustakaan sentiasa berusaha untuk menyediakan sumber maklumat yang terkini bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran pengguna. Koleksi bahan rujukan perpustakaan terdiri daripada buku, jurnal bercetak dan tesis untuk rujukan kepada semua pengguna Perpustakaan KUIJSI. Dari sudut perbelanjaan koleksi yang merangkumi pembelian bahan bacaan menunjukkan akan ada kenaikkan pembelian. Ini adalah kerana pada setiap tahun pihak maktabah telah menghadiri pesta buku bagi tujuan penambahan koleksi bahan bacaan di Perpustakaan. Pembelian bahan bacaan juga bertujuan untuk menambah koleksi di perpustakaan.
Sepanjang tahun, Perpustakaan KUIJSI telah menerima permohonan rujukan dan maklumat
Diantaranya:
Terimaan permohonan rujukan ini adakah berdasarkan kepada permohonan ketua-ketua jabatan bagi setiap kursus yang ada di KUIJSI. Pada amnya segala permohonan rujukan yang diterima kami akan membuat perolehan bahan di Pesta buku yang akan dihadiri pada setiap tahun. Secara keseluruhannya, pihak perpustakaan KUIJSI akan mempertingkatkan usaha bagi memperkaya koleksi rujukan dalam pelbagai bidang dan pelbagai sudut.
Disamping itu juga perpustakaan KUIJSI juga akan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan percetakan bagi memudahkan pengguna Maktabah KUIJSI dan berharap dapat berjalan seiring dengan kolej lainnya dalam mempersiapkan diri untuk menjadi sebuah pusat rujukan yang efisien serta dapat memberi manfaat kepada pengguna. Maktabah berharap pada tahun ini semua rencana yang telah dibuat dapat dilaksanakan dengan jayanya sehingga dapat memberikan sumbangan besar kepada pembangunan KUIJSI secara keseluruhannnya,