Perpustakaan Perpustakaan Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) ditubuhkan pada tahun 2000 dan mula melaksanakan sistem automasi pada tahun 2008 dengan pembelian sistem PUSTAKA.
Oleh itu Perpustakaan KUIJSI sedang berusaha untuk melaksanakan Perlaksanaan Migrasi Perisian Pengurusan Perpustakaan Bersepadu (ILS) KOHA yang mana KOHA adalah sebuah perisian perpustakaan bersepadu yang bersifat terbuka yang dibangunkan dengan kerjasama komuniti perpustakaan dan pengguna. Perlaksanaan ini bertujuan untuk menyediakan Perpustakaan Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) untuk dinaiktaraf kepada sebuah pusat pengurusan maklumat yang menyediakan sumber dan perkhidmatan bersepadu yang berfungsi sebagai repository yang mengumpul,mengurus dan berkongsi bahan-bahan pembelajaran,pengajaran dan penyelidikkan secara atas talian bagi menyokong aktiviti pembelajaran,pengajaran dan penyelidikkan di KUIJSI.
Perpustakaan KUIJSI juga berhasrat untuk menjalin hubungan kerjasama dengan Perpustakaan Sultan Ismail Johor Bahru bertujuan berkongsi sumber,koleksi dan kepakaran selain kerjasama dalam melaksanakan pelbagai aktiviti dan program dari semasa ke semasa sebagaimana berikut :
Perpustakaan Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) sehingga kini telah menerima sumbangan lebih kurang 2000-2500 tajuk bahan bacaan pelbagai jenis seperti al-Quran, buku, majalah dan lain-lain dari pelbagai pihak; orang perseorangan,syarikat mahupun institusi dan organisasi.
Melihat dari perkembangan terkini pihak perpustakaan ingin menggalakkan sikap ini dengan menyediakan platform yang lebih tersusun dan meluaskan kaedah pemberian sumbangan ini dalam bentuk waqf dan derma sebagaimana berikut :